~ Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-49 Sabah ku yang tercinta! ~

Tiada niat jahat, tiada unsur-unsur politik.. Malah post ini hanyalah luahan seorang gadis yang menyanyi lagu Allahyarham Dato' Sudirman Hj. Arshad 'Tanggal 31' dengan penuh semangat sebelum ini - dari mula gadis ini tahu menyanyi. Tiada lagi ka semangat yang ada sekarang? Tidak. Bukan itu yang berlaku. Hanya kecewa melebihi perasaan semangat.
Saya sedih kerana 31 Ogos 1957 itu tidak ada kena mengena dengan hari pembentukan  Malaysia.
Saya sedih kerana 31 Ogos 1957 itu tidak ada kena mengena dengan Sabah. 

"Sabah Hails Independence 31.8.63"

Paling menyedihkan...
31 Ogos juga merupakan Hari Kemerdekaan Sabah tetapi tidak pernah saya melihat atau mendengar ucapan selamat kepada Sabah. Malah saya sendiri tida pernah mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan Sabah sebelum ini. I missed the 47th, 46th, 45th........... =(
Saya sibuk melaung-laungkan Hari Kemerdekaan yang ke 50, 51, 52, 53........ Terasa diri ini sangat-sangatlah jahat dan tidak menghargai tanah dimana saya berpijak.



"Kenangan yang kini hampir dilupakan.. atau mungkin sengaja mahu dihilangkan mengikut peredaran masa"

Mungkin semua itu salah saya sendiri. Tidak menumpukan perhatian semasa kelas Sejarah dulu-dulu. Tapi seingat ingatan saya yang kurang baik ini, macam tiada pula coretan-coretan mengenai tarikh sebenar kemerdekaan Sabah iaitu 31 Ogos 1963. Ya, teman-teman. 1963! Kita telah merdeka sebelum Sabah bersama-sama (BUKAN IKUT atau MENUMPANG) membentuk Malaysia.

Sesungguhnya tidak ada negara yang bernama Malaysia pada 31 Ogos 1957. Yang ada hanyala Malaya.
Persoalannya mengapa wujud Malaysia 55 tahun? Tidak. Bukan 55 tahun. Malaysia baru berusia 49 tahun teman-teman. Malah, tarikh penubuhan Malaysia juga bukan 31 Ogos. Salah siapakah ini?
Malaysia 55 tahun? Ka 49 tahun?

Sekali lagi, mungkin ini salah saya sendiri. Kurang membaca. Hanya menonton tv semasa perayaan Hari Kemerdekaan dan hanya tahu menyanyikan lagu 'Tanggal 31'.

Semakin sedih hati yang rasa bersalah ini apabila logic saya mengatakan Sabah tidak sama tarafnya dengan Melaka, Johor, ataupun mana-mana negeri di Malaya. Mengapa?  

Sabah + Sarawak + Singapura + Malaya = MALAYSIA.
Fikir-fikirkan teman-teman. 

*Notice that 'Negara'? =)*

Ya teman-teman. Dulunya Sabah ini sebuah NEGARA. Saya tidak pasti bilakah status Negara itu menjadi Negeri. Saya juga tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab menukar status Negera itu kepada Negeri. Saya tidak tahu. Sekali lagi maafkan saya kerana hanya tahu mengikut apa yang ada di tv. Maafkanlah saya.

"Bendera dulu-dulu dan sekarang"

Walauapapun terjadi, saya sayangkan Sabah. Sangat-sangat. Semoga mereka-mereka yang berkenaan highlightkan la juga Hari Kemerdekaan Sabah ah..

Sekali lagi dengan hati yang penuh bangga saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49 Sabah~!! Dan juga untukmu Malaya yang dihormati, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55.

Comments

Soom said…
story yg baguss..
i m sabahan too..
proud to Sabah..
Unknown said…
Nice and Touching Entry...
betul ckp kamu tu...

Proud to be Sabahan tu..
Happy 49th Independent Day to Sabah

Popular Posts