Jaclyn Victor & Dalam Hati Ada Taman (Astro Ria)

Ba, apa kaitan kan Jacklyn Victor sama tu drama? Baca abis.. Then kita decide sama-sama kio..

Baru-baru ni sa tingu2 la Facebook sa.. Tertingu la juga orang share pasal si Jack ni cuba menyebarkan agama Christian dengan menyanyikan lagu 'Harapan Bangsa'... Bukan mau cakap kasar tapi bullshitttttttt betul sepa yang pikir begitu tu. Kenapa?

1) Hari-hari sa dingar budak sa nyanyi Asmaul Husna - adakah ini menyebabkan fikiran sa nanti terpesong? Sa jawab, tidak sama sekali!
2) Sa suka lagu Raihan. Time sa budak2 dulu semangat sa nyanyi tu lagu.. Bukan apa... Music dia best, lirik dia best.. Adakah itu menjadikan sa Kristian yang bida? nda ba!
3) si Jack nyanyi tu lagu untuk sepa? Suda terang-terang dia tu Christian.. Apakah masalah dia nyanyi untuk org Christian?
4) Suda itu lagu teda tujuan commercial hanya untuk telinga-telinga yang mahu mendengar...

Bercakap pasal telinga, tiada antara kita ni yang boleh mengawal apa yang boleh didengar oleh telinga. Asal tu bunyi sampai sana lubang telinga, diproses la juga di kepala.. Persoalannya, adakah kepala & hati &  iman kita ini begitu lemah sehingga mendengar lagu dalam bahasa melayu punnn boleh tergugat? Tanya diri sendiri..

Bahasa itu milik semua orang. Milik si penutur. Bukan satu dosa rasanya bila seseorang itu menuturkan sesuatu bahasa (bahasa kebangsaan lagi tu). Ada ka undang-undang yang mengatakan seseorang itu tidak boleh menyanyikan lagu agama dalam bahasa tertentu? Hmmm.

Nah, masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat 'Dalam Hati Ada Taman'.. Sudah pernah dengar OST tu drama? Everything I Need tu tajuk dia. Bukan juga sa ni peminat drama-drama begini ni (jaraaaa suda oleh Nada Cinta =_=).. Tapi tu hari TERtingu la ni BTS ni drama.. Maka terdengar la ni lagu... Terus sa tercakap sama adik sa "Eh, yo.. ni lagu macam lagu di gereja kan?".. Well, time tu sa lupaaa suda tu tajuk apa... Maka sa bertanya la sama kawan sa..  Kamu dingar ka.. Sama? @__@
Sa tida mau kasi panjang-panjang ni post.. Sa kasi link of two videos la.. Kalau kamu rasa ada persamaan part chorus (itu part urang putih), then... Betul la tu.. Kalau tida, ba.. Telinga sa laini bermasalah.. hahaa..

You're My World by Hillsong United




Everything I Need by Randy Pangalila



There you go... Point sa disini ni sebenarnya.. Kasi buka sikit tu pikiran.. Sesuatu yang melampau-lampau itu tidak akan menghasilkan kebaikan.. Tuhan cakap jangan makan, ko cakap sentuh pun nda buli.. Does that make you lebih suci dari orang lain? Menghakimi la kamu...

Sekian.
God bless~



Comments

Popular Posts