~SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH adalah satu beban~

Pertama sekali berat hati saya mau menulis post ni. Sebeb mesti ada pihak yang melontarkan kata-kata sinis macam "siapa suru jadi cigu?", "tida mau susah, berenti la jadi guru". Kepada insan-insan yang bakal mengucapkan/menulis komen-komen seperti itu, memang nyata anda tidak tahu hati seorang pendidik. Kami ingin mendidik. Kami rasa contented bila melihat seorang budak yang asalnya hanya tahu bermain kini menjadi seseorang yang berjaya. Tapi dimana silapnya? Mengapa kami mengeluh? Sa malas mau cakap pasal kerja2 clerical sebab sa tau semua kerja mesti ada clerical things wlaupun sikit. Bezanya teman-teman, cikgu bukan hanya mendidik.. Haihhh, malas la sa mau kasi list disini. Hanya cikgu yang tahu...

Okay la.. Bukan sa mau cakap pasal beban kerja yang kadang-kadang (selalu sebenarnya) membuatkan sa berjaga sampai lewat malam.. Hari ini sa mau ckp pasal Sistem Pengurusan Ppentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Rasanya ramai yang suda tau pasal SPPBS ni.. So sa nda mau bercakap pasal dasar-dasar atau objektif yang sampai sekarang pun sa tida faham.. Maafkan kelemahan sa..

Salah satu tujuan SPPBS ini adalah untuk mengatasi keadaan too exam-oriented system yang ada sebelum ini. Persoalan saya wahai teman-teman dan orang yang berkaitan, adakah system dan penilaian yang disediakan itu reliable? Apakah kesan daripada sistem ini?

Saya pernah mendengar seorang pelajar berkata "Tida payah la sa belajar betul-betul. Bukan ad exam pun".. Tiada lagi perasaan ingin bersaing dikalangan pelajar. Mahukah kita melihat generasi baru ini membesar dengan keadaan yang selamba benarrrr  la..

Sa juga pernah bertanya dengan JU negeri mengenai banyak perkara. Tahu apa jawapan yang saya terima? "Kami pun x pasti", "Tidak dinyatakan semasa taklimat"... Bukan, saya bukan menyalahkan JU negeri. Mereka juga hanya menerima arahan/taklimat dri pihak atasan. Cumanya, kalau JU pun tida berapa faham.. Mcmna pula cigu-cigu lain? Hmm..

Masuk hari ni, suda 3 hari sa cuba login SPPBS online tu.. Dan masuk 3 hari la juga sa masi menunggu page loading. Padahal tarikh tutup pengisian markah adalah 20 Nov. Adakah saya buat kerja bertangguh? Mungkin ya mungkin tidak teman-teman. Kami di Sabah menerima taklimat pada hujung bulan April (Sistem ini bermula pada Januari). Dimanakah silapnya? Sistem sudah dijalankan, guru-guru masih belum menerima apa-apa sebaran? Start Januari, tahu bulan April? Melaksanakan itu satu hal, menilai itu satu hal, menilai semula itu satu hal, key in  itu satu hal.. So, adakah ini kerja bertangguh? Tida tau la..

Cadangan saya disini teman-teman,
Kalau benarlah mahu mengurangkan keadaan exam-oriented  itu, apa kata kita mengadaptasikan apa yang ada di universiti? Ada markah individual assignment (kerja rumah la untuk pelajar), group assignment, dan juga exam. Buat la research banyak-banyak untuk mengkaji sesuatu sistem. Tanyala pendapat guru-guru dan ibubapa bila membuat sebarang keputusan seperti ini.

Janganlah kita mengejar nama teman-teman. Semua mahu ada sistem sendiri bila memegang sesuatu jawatan. Biarlah apa yang kita lakukan itu atas sebab mau memajukan negara. Bukan sekadar nama.

Sekian.

p/s: Suda habis tulis, tapi page masi belum habis loading.

Comments

Popular Posts